Friday, April 29

kisah yg mengingatkan aku kita hanya mampu merancang,Allah yg menentukan....

 Ketika aku asyik mencari info tentang pendarahan ketika hamil,aku tjumpa kisah yg mnyayat hati.Apabila membaca kisah ini,aku menangis..walaupun aku tdk tahu siapa penulisnya,tp aku rase bsrnye ujian ke atasnya...semoga beliau sentiasa diberi kesabaran...

"Assalamualaikum kepada semua pembaca…Kehadiran saya di sini sekadar ingin berkongsi pengalaman dengan ibu dan pembaca sekalian, tetapi bukan untuk menakutkan kerana takdir setiap manusia tidak sama namun kita terus berdoa . Sudah hampir 34 hari aku melahirkan anak ku yg ketiga iaitu seorang bayi perempuan yg comel. Aku sudah memiliki dua orang anak perempuan yg berumur 5 dan 4 tahun yang kulahirkan secara normal seperti juga anak yg ketiga ini.Tetapi kelahiran yg ketiga ini telah menguji keimanan ku. Bayi ku dilahirkan alhamdulillah dengan mudah hanya 3 kali teranan. Seperti biasa, doktor yg menyambutku menunggu 20 saat untuk menunggu uri ku lekang dari rahim. Tapi amat mengejutkan uri ku tidak lekang , dan doktor menunggu lagi tetapi tidak juga berhasil. Doktor melakukan berbagai usaha untuk melekangkan uri ku, terasa sakit yang amat sangat kurasakan seperti nak hendak melahirkan seorang lagik, terasa rodokan di dalam perut ku. Hampir 2 jam aku di bilik kelahiran , akhirnya uri ku dapat ditarik tetapi malangnya rahim ku terikut sekali. Doktor cuba memasukkan kembali rahim ku tapi tak berjaya kerana pendarahan berlaku dengan banyaknya. Aku seperti di dalam lautan darah, aku hanya mendengar jururawat menyuruhku mengucap . Mataku samar -samar dan aku berasa kesejukan yang amat sangat. Di dalam hati aku terus berdoa agar Allah memanjangkan usiaku , tidak putus-putus wajah anak-anakku datang di mataku. Sehinggalah doktor membuat keputusan agar menghantar aku ke Hospital kerajaan untuk dibedah. Didalam ambulan, suami ku berada di sisi ku memberi aku semangat dan menyuruhku agar jangan tidur. AKu berasa teramat dahaga dan letih dan tidak terdaya membuka mata. Sekali lagi aku tiba2 aku ternampak ramai orang , rupanya aku telah berada di Hospital Sungai Buloh. Doktor pakar bersuara kepadaku, dan memberitahu kepada ku rahim ku terpaksa dibuang untuk menyelamatkan nyawaku. AKu nampak suamiku menangis, di sisi ku mengatakan dia terpaksa menandatangani borang untuk membuang rahimku. Suami ku bingung, kerana dia tahu aku teringinkan anak lelaki, dan bermakna dengan pembuangan rahim ini aku tidak akan mengandung lagi. Tapi aku redha, dan aku sekadar mengangguk tanda bersetuju agar rahimku dibuang. Selepas itu aku sudah tidak nampak apa-apa hinggalah aku sedar aku berada di dalam ICU. Aku pelik, kerana sepanjang aku mengandung ketiga ini, tidak ada apa-apa masalah yang aku alami. Dan dari apa yg ku baca di majalah dan internet ,aku bebas dari semua risiko uri melekat pada rahim.. Sehingga kini aku tidak tahu apa punca terjadi. Namun aku bersyukur aku mempunyai 3 orang anak. Azamku untuk membesarkan anak-anakku hingga berjaya dan berdoa agar mereka menjadi wanita yang solehah. Amin.."

No comments: