Monday, October 31

cinta sihat vs cinta kudis!hati-hati..takut tersilap memilih...




HALA TUJU
....cinta yang sihat tidak bergantung kepada hawa nafsu semata2..cinta yang sihat mempunyai hala tuju dan perancangan ke destinasi yang akn membawa ke arah kebahagiaan di dunia dan akhirat..setiap pasangan yg mempunyai hala tuju akan merancang perkara utk masa hadapan sama ada dari segi perancangan ekonomi,perancangan melahirkan "usratul hasanah"..setiap pasangan akan saling ingat mengingati ke arah kebaikan......

KOMUNIKASI YANG BAIK
.......Cinta yang sihat berlandaskan komunikasi yg baik.setiap pasangan tidak perlu memendam rasa di atas sesuatu perkara yg tdk memuaskan hati mereka.mereka juga akan saling bertoleransi.tidak wujud perasaan cemburu buta kerana setiap pasangan pandai menjaga hak pasangan masing2......

BERTANGGUNGJAWAB
.......CINTA yang sihat tdk dapat lari darpd tanggungjawab.tanggungjawab adalah sesuatu amanah yang berat..tapi bagi mereka,itulah kemanisan cinta mereka..lahir dgn penuh rasa tanggungjawab!mereka tdk akan membiarkan pasangan mereka terjerumus ke arah sesuatu perkara yg boleh memudaratkan diri..contohnya seks sebelum kahwin,kahwin lari,membiarkan pasangan membuat kemungkaran spt tdk menutup aurat dsb nya.....

SALING BERI DAN MENERIMA
.......Beri dan menerima tdk semestinya hanya melibatkan perkara material,tapi juga dari segi perbuatan.kita boleh melahirkan rasa sayang terhadap pasangan dengan cara tidak menyakiti hati pasangan dgn sesuatu perkara contohnya melawan kata mereka tanpa sbb,berkelakuan kasar.pasangan kita tdk dapat lari dari sft "kekurangan" atau "tdk sempurna"..hanya Allah yg memiliki sifat sempurna.anggaplah kekurangan pasangan sbg ujian kita..kita pun ada kekurangan masing2. tentulah setiap pasangan diciptakan utk saling lengkap dan melengkapi.jika kita memberi yg terbaik,pasti pasangan kita LEBIH MEBALASNYA.bagaimana jika tidak?anggaplah ALLAH lah sebaik2 pemberi balasan.pasti kita tidak kecewa.....

hehe2..hari ni mood mok midah cintan cintun...bukan..mok midah bimbang tengok generasi skrg..CINTA REMAJA sekarang (TIDAK SEMUA)kebanyakannya hanya berlandaskan nafsu,tiada perasaan malu dan jati diri dlm percintaan..bimbang.....aku masih mempunyai adik2 lelaki,anak,anak jiran,murid...semua org aku sayang..TIDAK MAHU mereka hanyut..PESAN MEMESAN UTK DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN.....okeh...ada keje daa...TATA..=)

Saturday, October 29

buku-buku kesayangan hamba..=D

pernah dgr org kata lagi banyak yang kita baca,lagi banyak benda yang kita x tau..emm,pada aku betul sesangat..kat sini ada buku yang aku rasa sgt ok untuk dibaca..yela,kdg2 harga buku ni mahal,bila beli..pastu baca tengok isi kandungannya x menarik,rasa x berbaloi beli..buku2 kat bawah ni memang berbaloi utk dimiliki..=)kadang2 ada buku yg aku baca daripada member2,pastu rasa mcm menarik je..lain kali rasa nak baca lg,ada maklumat yg aku dah lupa pastu nak cek blk..jd aku pun beli la..x pyh pinjam2..sebenarnya banyak lagi buku yg menarik nak cdangkan utk member2 tp pnt nak upload gmbr..zmn belajar dulu,aku bkn la kaki study,mmg mls nak baca buku..tp skrg aku jatuh cinta kat buku.ececeh...bukan rajin ye..tp mungkin ada byk benda yg aku nak tau,kdg2 benda2 tu sgt berkaitan dgn kehidupan..mungkin masa bljr,aku x rasa aura pentingnya kena baca buku dulu..tp aku hrp aku masih belum terlambat utk mencintai ilmu walaupun bkn utk exam..=)


...........buku ni penuh dgn kata2 motivasi..sgt sesuai utk meningkatkan ketabahan diri sebagai pompuan..yela,kdg2 perjalanan hidup kita berliku2.kdg2 kita di atas,kdg2 kita di bawah.jika kita x ada sesuatu dlm jiwa kita untuk menyuntik semangat..mungkin kita x mampu bangun bila kita jatuh........jadi pompuan ni kena kuat!hehe...


........buku ni menceritakan kajian tentang kebenaran nabi muhammad (s.a.w) sebagai seorang rasul.kajiannya bukan berdasarkan al quran yg menjadi pegangan umat islam semata2,tp juga bdasarkan kitab agama lain.di dlm buku ni menjelaskan kisah nabi muhammad seorg insan kamil (sempurna)turut diselitkan dlm kitab agama lain...haaa?kitab agama lain?ada pasal nabi kita jgk ke?haa..sbb tu jom kita pakat baca ramai2....


.........buku ni mengingatkan diri sendiri dan org2 sekeliling kita agar menjaga batas2 perilaku supaya tidak melampaui batas norma sebagai khalifah Allah..buku ni memberi contoh2 ummat yg telah menerima azab siksaan Allah akibat perbuatan mereka yang dilarang..yg paling menakjubkan kesan siksaan dapat di lihat hingga ke hari ini.Azab yg diturunkan pun ada dijelaskan dlm al quran.yg best buku ni pun ada paparkan gambar,tempat berlakunya peristiwa tersebut..insaf jgk la bila baca.....


........buku ni sbnrnya en. hubby yg beli,tp aku plk yg duk baca..yela,byk benda aku x tau psl fikh.bila ade persoalan sng,blh buat rujukan....


.........haa...buku ni sgt menarik pd aku..byk betul kisah yg mmg betu dr hadis & sahabah yg aku x tau..dulu kecik2 stazah biasanya citer kisah para nabi..nabi adam a.s sampaila nabi muhammad s.a.w..jd aku cuma tau cite yg berkaitan nabi la sbgai pengajaran dlm hidup..rupe2nye byk lg kisah2 yg aku x tau..sgt elok utk dibaca pd anak2..kdg2 ank2 kita byk didedahkan dgn citer dongeng contoh pak pandir,sang kancil..cinderella..tak salah citer2 tersebut...okey jer..tp citer berdasarkan hadis pun elok jgk ank2 kita tau..yg pasti citer tu mmg benar..jd aku rasa buku ni mmg menarik sgt..ade gmbr illustrasi g2.....







........buku ni mulanya aku pinjam ngan kawan aku julie.pada aku tip2 dlm buku ni sgt bermanfaat utk diri aku.jd aku pun beli la..sng nak baca lain kali.....=)

Wednesday, October 26

anak abah...

1-11-2011 dah makin hampir..mungkin hari “itu” sekadar hari biasa utk org lain..tapi bagi aku,itu adalah hari yang ditunggu2..ape tidaknye..tu kan tarikh lahir muhammad zaim bin mohd zawawi..berat zaim masa lahir 3.1okg..dilahirkan secara normal setelah di “induce”…sakit?bila ingatkan kesakitan melahirkan,terus otak ku ligat memikirkan betapa sakitnya kematian yang digambarkan oleh nabi kita..mesti tak tertanggung ss sakit nak bersalin tu pun mmg kaw sgt2…=) tp itulah kenikmatan melahirkan generasiku,permata hatiku dan en. Zawawi..dah hampir 2 tahun aku bersamanya..aku tersangat bahagia menjadi ibu untuk dia..banyaknya harapan yg aku sandarkan untuk zaim.semoga zaim menjadi ank yg soleh..insan yang mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat..terus terang,aku rasakan masa berlalu terlalu pantas..saat pertama kali menatap wajahnya membuatkan aku sebak..tak mampu diluahkan dgn ayt apa pun di dunia ini..aku bersyukur dia membesar dengan sihat..hari ini aku terjaga daripada tidur,melihat wajahnya mulus di sisiku membuatkan diriku bersyukur dengan kurniaan permata hati ini.dia x banyak ragam,mmg budak baik..mmg enjoy jaga dia… tapi jangan tak tau..masa zaim umur 2 bulan lebih dia terseliuh..masa tu aku mesyuarat kat sekolah..alahai bila dapat tau hal tu sedey sesangat…masa tu kat kemasek..g a hntar mengurut..mmg banjirla mata aku ni tahan tengok dia sakit masa kena urut..malu jgk kat mak mertua ngs beria..tp mmg x tahan tengok dia..tp Alhamdulillah..xde apa2…masa dia baby dulu suka muntah..bkn muntah yg biase2,tp mmg byk3 sgt..tp bila dah makin besar,hlg terus…syukur..sbb kdg2 sampai lemas.masa baby dulu x suka makan nestum..buat bubur la..rjin la jgk ibu ni buat..hihi…zaim ni anak abah…mmg aku terpaksa akui dia mmg “anak abah”…segalanya abah..pernah abahnya kursus kat Melaka,nak tido nak abah…ngs kaw2..masa hntr abah dia naik bas,nak masuk kereta ngs suh ambk abah dia…mcm skrg..byk benda nak dgn abahnya..tp 1 aje..mlm tido,dia nak 22 ada..zaim zaim…love you…

Wednesday, October 19

izinkan aku menjadi tamuMU....


16-10-2011 baru2 ni aku dan family hantar abang dan kak ipar awi g mekah..Terliurnya aku nak ke sana..semoga aku dijemputNya suatu hari nanti.kadang2 bila melihat gambar kaabah,hati mcm meronta2 sgt nok g..nok tengok dgn lebih dekat..damainya kalau dapat gi kat sana.semoga semua tetamu Allah mendapt haji mabrur,insyAllah....ape die haji mabrur ni?ape tanda2 seseorang tu mendapat haji mabrur?ni serba ringkas tentang haji mabrur;

Nabi bersabda ertinya,
“Haji mabrur itu tidak ada balasannya kecuali surga.” (H.R. Bukhari)
Haji mabrur adalah haji yang diterima oleh Allah subhanahu wa ta’ala. Terdapat beberapa tanda2 org yg mendapat haji mabrur. Di antaranya adalah pembiayaan utk menjalani haji tersebut dari hasil usaha yang halal karena nafkah menjadi sumber penting dalam kehidupan manusia, terlebih lagi dalam urusan haji. Bahkan disebutkan bahwa jika seseorang naik haji dengan biaya dari hartanya yang halal, maka akan ada penyeru yang berseru, “Bekalmu halal dan kendaraanmu halal, maka hajimu pun mabrur.” Adapun jika dia berangkat haji dari harta yang haram, maka penyeru tadi akan berseru, “La labbaika wala sa’daika. Bekalmu haram dan nafkahmu haram, maka hajimu tertolak tidak mendapat ganjaran.” atau dengan seruan yang semakna. Jadi, di antara tanda-tanda haji mabrur adalah jika dikerjakandengan biaya dari nafkah dan usaha yang halal.
Begitu pula, di antara tanda-tandanya adalah jika orang yang berhaji mengerjakan sesuai dengan tata cara yang disyari’atkan dan diinginkan tanpa mengurangi sedikitpun, dan menjauhi segala larangan Allah selama mengerjakan haji.
Di antara tanda-tandanya pula adalah jika orang yang berhaji itu kembali dalam keadaan pengamalan agamanya lebih baik daripada sebelum berangkat, yaitu dia kembali dalam keadaan bertaubat kepada Allah subhanahu wa ta’ala, istiqamah (konsisten) dalam menjalankan ketaatan-ketaatan kepada-Nya, dan terus-menerus seperti itu. Dengan begitu, hajinya menjadi titik tolak baginya kepada kearah kebaikan, dan selalu menjadi peringatan baginya untuk memeperbaiki jalan hidupnya.

Al-Muntaqa min Fatawa Syaikh Shalih bin Fauzan al-Fauzan II/145

Monday, October 17

sedey baca citer ni..xtau sape tulis..tp sedey..T_T

MANA MAK ..... " Before baca, sila sediakan Tisu"

Mana Mak?'

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

KERJASAMA


HARGAI PENDAPAT RAKAN KERJA ANDA
hargai rakan kerja anda..walaupun anda tdk bersetuju dgn pendapatnya,anda boleh menolak pendapatnya tanpa membuat rakan kerja anda tersinggung.Ini menunjukkan yg anda menghargai kehadiran dan keperluan rakan kerja anda di sisi anda..

JANGAN MEMANDANG RENDAH TERHADAP RAKAN KERJA
tidak semua orang diciptakan mempunyai kemahiran yang sama seperti anda miliki.Begitu juga anda,kadang2 anda tau banyak perkara,tp mungkin ada sesetengah perkara,anda memerlukan pendapat atau tunjuk ajar daripada rakan anda.Allah memang menciptakan manusia utk saling bantu membantu.

UCAPAN KERAMAT "TERIMA KASIH"
ucapan yang ringkas..tp kadang2 kita jarang menggunakannya untuk perbuatan atau bantuan yang ringan utk kita.walaupun benda tu biasa2 aje,tp x salah utk kita mlafazkan terima kasih. Ini ingatan utk aku terutamanya,kdg2 jrg guna..hehe2..lps ni kita ucp tq ek ats ape2 org buat utk kite.

BERBINCANG
Kadang2 ape kita fkr x sama mcm org lain fkir..itu x salah sbb semua org mempunyai perspektif sendiri,menilai sesuatu ats apa yg kita tau @ fikirkan..perjalanan hidup setiap orang berbeza2,oleh itu ilmu yg kita dpt sama ada secara rasmi (kat sekolah) atau x rasmi (bljr mlalui pngalaman,keadaan sekeliling kita) berbeza..jd kita akn mbuat pnilaian dgn ape yg kite ade. oleh itu pentingnya perbincangan kat sini..agar kite x slh fhm ngan kwan2 kite..

Friday, October 14

KEBAHAGIAAN BERPASANGAN ITU ANUGERAH....


agak lama aku x mengarang buat2 luahan hati cam gini..feeling sesorg!maklumlah tulis blog ikut mood..=P mlm ni tiba2 je kat dlm kepala duk fikirkan tentang kebahagiaan mempunyai pasangan hidup..bila difikir2,diulg tayang kat kepala,rasa diri agk beruntung dan bsyukur kerana dipinjamkan Allah nikmat "kebahagiaan" ni..Alhamdulillah..kenapa plak ek aku ngada2 nak citer psl "kebahagiaan" berpasangan ni?nak nunjuk ekkk aku bahagiaaa...hehe2...Nauzubillah,bkn mcm tu la cik kak..saje kongsi2 cerita..nak ingatkan diri sendiri kebahagiaan itu bkn dtg sesuka hati..bkn semua dpt mnikmati..jd aku ingatkan diri sendiri agar jaga betul2 kebahagiaan ini..emm skema la plok..xpela,aku mmg skema pun..wink2!Bila tengok sendiri ada member derita sengsara bila bercerai..member2 yang kesepian sbb masih single,hati terfikir sendiri..Ya Allah,mahalnya anugerah pasangan utk hidup ni..xde la sepi je kan..kata org sepi itu INDAH..pada aku xde mananye indah..PARAH adela..kalau ade org kate RINDU tu indah aku boleh terima..sbb time rindu mcm melayang2 je burung kat kepala..terbang sokmo!huhu..ingat time cintan cintun..tp kalau SEPI tu indah berat sikitla..paling x boleh lupa masa kat uia,masa tu aku masuk dulu main camp,kwn baik aku stay kat matrik lg..aku ni plk jenisnye introvert..mmg ssh nak kamceng ngn org..kwn biase2 ok la..mmg rase sunyi sgt3..nok nangis pun ade..yela..x blh nok bgurau senda!tapi sib baik bila masuk sem baru,aku mcm jumpe roommate yang sgt10 blh "masuk" ngan aku...KAK YATI,MOK NANY dan KAK SU..suke sgt..smpai final year pun kitorg duk sesama..gaduh same,mkn same,ngorat same,membuta same,study same (kononnye la study.hik2!)
tapi time hujung minggu,aku la harunya..mklum le time tu xde bf..seme geng2 bila hujung minggu dating..tp time tu aku x mnt sgt nk bercouple ni,x jupe yg serasi la kononnye..(pdhal xde org nak kite..hihi malu..)tp time tu aku hantu game..gila game THE SIMS mase tu..hehe2..mmg x berenggang la ngan pakwe THE SIMS tu..jd bile geng2 aku dating..aku okey jek...!x jeles pun..hehe..kdg2 ade gak aku buat muka x malu ikut kak yati ngan bf die mkn..shiaan....menumpang kasih..hihi2..aku rase mcm lari tajuk a plak dgn citer aku ni..ala biaq pi la..sesaje je..bkn pekse SPM pun kena tolak markah..tp nak citernye time2 single aku..adela jgk "tjerumus" jgk hal2 mlibatkan hati ngan lelaki..huhu2 malu..mkn hati..keciwa..tp dulu..kalau ingat blk..ala nyesalnye keciwa,tu pun nak keciwa!maklum la hati kaca.ahaks!okeyla....masa terus berjalan n berjalan n berjalan....kenal org tu,knl org ni..masa tu dah blajar kawan2,knl hati budi ngan lelaki dah..mklum le...dah besar pjg..ayah siap psn ni,(ha...kwn2 la jgk ngan lelaki,kenal2..nanti lewat kawin).amboi ayah aku...ade plak gitu..agaknya dia tengok aku ni "sejuk" sikit kot bab2 gini.dia tengok aku x series agaknya..yela,kadang2 "kwn" ni dtg,hari lain "kwn" lain plk dtg..pastu lain plak..ye la,pd aku mmg kawan btul2,xde konar2..xde bab2 mlibatkan hati..ayh aku plak nak yg serius2..emmm....tp time 2006 aku dah start kawan ngn suami aku skrg ni..tp aku x tipu......mula2 tengok dia xde la org kata cinta pandang pertama tu menjelma...jap aku nk flash back feel aku mase tu...emm,aku tserempak die kat office 1st time,aku tengok die mcm nak lapor diri a kononnye.JQAf ek dlm hati aku...sah JQAF...die mcm biase la ngan muka serius g2..dlm hati aku,ala die ni muka mmg msm gile..takut aku..dipendekkan citer,mmg x pernah timbul cintan cintun la awalnya..LANGSUNG x ade smpn perasaan..tp dikatakan lama2 kitorg jd kamceng..aku pendiam orgnya,tp ngan dia aku boleh jd diri aku yg sebenar..xde nak diam sgt ngan die..cite pun byk..ye la,dah kamceng..xde la nak berlakon2 gitu..sampai kat c2 jela kisahnye..sbb tu klau org tnya zmn dolu2 en suami 2 boy friend aku ke,dh tentu aku akn ckp bukan sbb aku x ade sbb nk ckp die boyfriend aku ke..ape ke..BG AKU dia seorg sahabat yg baik..pnuh dgn nilai psahabatan,dan AKHIRNYA mungkin Allah sudah tentukan dia jodohku sjk azali..bagaimana dielak sekali pun,tentulah byk musabab juga yg merapatkan kami..ala sensored plk nt..hihi2..tp endingnya aku bersyukur knl dia..jd sahabat dia,isteri dia,ibu kepada anak dia..rasa semuanya INDAH...aku doakan nikmat KEBAHAGIAAN BERPASANGAN dgnnya akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat..aku doakan org lain pun bahgia sbb BAHAGIA itu sangat INDAH!LOVE U ALL