Thursday, November 17

BIRTHDAY SI MUHAMMAD ZAIM

hari ni last sekolah..xsabau nk cuti..byk plan dlm kpla ni..aku plan nak buat kek utk zaim..x tau mjadi ke x..try cari kek2 yg sng di bikin kat internet.xsbr nk try..hrp2 zaim suke..2nd plan nak cari brg2 buat rumah..dah jumpe tukang rumah..hrp2 x tgendala..tengok cuaca mcm ok je..sesuai...at least dlm cuti ni dpt buat sikit pun xpe..

kek coklat kukus

KEK COKLAT KUKUS
Bahan-bahan ( size loyang 18cm )

1 cawan tepung gandum
1/4 cwn serbuk koko van houten
1 sudu kecil baking powder
1 kotak susu coklat (250ml)
2 biji telur (size M)
1 cawan gula halus
1/2 cawan butter
3 sudu besar susu pekat
1/4 cawan minyak masak n esen vanila
TOPPING
3-5 sudu besar susu pekat
1/4 cawan serbuk koko van houten
2 sudu besar butter
2 sudu besar susu segar
Cara-cara

Pukul telur,gula dan butter sampai kembang.Kemudian titiskan esen vanila. n pukul lg.
Ayak tepung,serbuk koko dan baking powder.
Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur.Kaup balikkan.
Masukkan susu kotak,susu pekat,minyak dan gaul sebati.
Masukkan dlm loyang yg telah dilengser minyak/marjerin. Tutup dengan aluminium foil..Then kukus 45min...Dah masak sejukkan.
Utk topping...campurkan semua bhn dan masak secara double boiler. Then bleh la curahkan kat atas kek yg dh sejuk td.. Hiaslah apa suka...Pastu simpan dlm peti sejuk beberapa jam sebelum dipotong. Taraa...dh siap...bleh la makan....
SeLaMat MeNcUbe....

Tuesday, November 15

~dalam hati ada taman~











Bunga-bunga orkid ni ada yg dibeli dan ditanam sendiri...kebanyakan ank orkid ni di beri oleh jiran,su..drpd dia la aku suka tnm orkid ni..lgpun sng nak jaga...

Sunday, November 13

Rumah Yang Di Kunjungi Malaikat

Alangkah baiknya mengetahui bahawa malaikat mengunjungi rumah kita dan mendoakan hamba Allah yang menghuninya. Pastilah para malaikat membawa barakah, tenteram, aman, dan nyaman di dalam rumah-rumah yang malaikat kunjungi. Tapi, rumah siapakah dikunjungi oleh para malaikat itu? Pastinya ada kriteria tertentu untuk sebuah rumah yang sering dikunjungi malaikat.
1. Rumah yang dipenuhi zikir oleh penghuninya, di dalamnya terdapat pula sujud dan rukuk
2. Rumah yang selalu bersih
3. Rumah yang dihuni oleh hamba-hamba yang jujur dan menepati janji
4. Rumah yang dihuni orang-orang yang menyambung tali persaudaraan, silaturahim
5. Rumah yang dihuni oleh orang yang makan makanan halal
6. Rumah yang penghuninya berlaku baik kepada orang tuanya
7. Rumah yang di dalamnya terdengar tilawah Al-quran
8. Rumah yang penghuninya adalah penuntut ilmu yang tidak pernah menyerah
9. Rumah yang di dalamnya ada seorang isteri soleh
10. Rumah yang di dalamnya tidak ada barang-barang haram
11. Rumah yang dihuni hamba-hamba yang tawakal, sabar, rendah hati, dermawan, qanaah, pemaaf, bersih hati dan tidak berlebihan dalam makan

Semoga rumah kita memiliki ciri-ciri di atas. Jika belum, mulai sekarang untuk melengkapi rumah kita dengan ciri-ciri di atas. Agar senantiasa para malaikat senang berkunjung ke rumah kita. Amin Ya Rabbal Al-amin