Wednesday, March 30

INDAHNYA DIRIMU...

Abu Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan: “Ada seseorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah duduk di sebelahnya.

Nabi diam saja, begitu juga Abu Bakar.

Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ.

Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata: “Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi.”

Rasulullah lantas menjawab: “Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan.”

Rasulullah kemudian bersabda lagi: “Allah akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredaan Allah.”

jamu mata....huhu....
































Monday, March 21

tibe2 tringat saat cukur jambul....

itu hobi ku....

Itu hobi aku….
Menghias rmh mmg slh 1 hobi aku…aku rase ia satu kpuasan slps pnt menghias. Hasilnye aku rase tenang,damai bile blk dari kerja..tp sbgai seorang ibu yg mpunyai ank kecil yg masih ligat meneroka sekeliling,t’paksalah aku mlimitkan shabis mgkin cara aku mghias. Di dlm hati,aku x sbr2 nk duduk rmh sndiri.Yelah..bile rmh sndiri ape2 blh buat..nk ketuk situ,nk ejas sini xde org mrh…tp wlaupun aku masih mnyewa,aku msih mlepaskan gianku nk decorate rmh..emm,rasenye dlm sbulan acap kali aku ubh kdudukan perabot..(xde la byk pun..mklumla mnyewa,nanti ssh nk pindah plk..) nsb baik suamiku sgt mmahami hobi aku..kdg2 die join skali bg idea..tp mhias rmh sewa byk hadnye..bile tgok dinding dh suram,tliur nk cat baru…tp xnk mbazir..jd tpakse pendamkan hasrat tu.cat dinding lama pun xde la buruk sgt rupenye..dari segi ruang,rmh sewa aku pun agk sempit..jd klau ubah brg2 pun xde pilihan sgt. Tp aku mmg cpt boring bnda yg sama,walaupun sikit aku tetap buat klainan..dari segi menghias aku  Cuma gunakan barang2 murah aje. Pada aku harga x penting,lg2 utk rmh sewa..asalkan hati aku rase suka. Lain jika rmh sendiri..kat sini aku ade tengok2 kat tenet contoh2 hiasan dalaman rmh…mane tau ade blh guna ble dh ade rmh sndiri atau rujukan member2 yg dh ade rmh nk mhias..tp sikit aje,xlarat nk upload gmbr





 

Friday, March 11

berpantang...


Teringat pada adikku yg slmt mlahirkan muhammad Naufal al hakim...Aku cari sikit2 maklumat psl bpantang. Walau adikku mlahirkan baby yg ke2,mgkin kdg2 bab2 bpantang dh x tsimpan dlm kepala...Semua ibu-ibu akan mengalami proses berpantang selepas melahirkan anak. Biasanya orang Melayu buat selama 44 hari, dan ada juga yang 100 hari. Orang Cina dan India selama 30 hari (best kan?).  apa kelebihan berpantang ni, tapi aku percaya ia adalah untuk kebaikan ibu-anak juga walaupun ada yang tak masuk dek akal. Yang pasti, tanyalah semua ibu-ibu, siapalah yang syok and enjoy the confinement period?? Mesti semua tak sabar-sabar nak abiskan 44 hari ni. Kalau ada orang yang seronok sangat masa pantang, meh contact aku, aku nak berguru! 

NO. 1: INTERNET CONNECTION
Wooo ini penting wooooo….kebanyakan ibu-ibu sekarang, are full-time working mothers. Dan biasanya di office sudah disediakan internet 24h untuk berkerja dengan lebih efisyen. Handphone sekarang pun, banyak yang ada 3G. Kedai mamak, cafe-cafe, shopping complex, salon, spa, semua pun dah ada wifi sekarang ni. Abih tu, tiba-tiba masa berpantang, ko nak sekat hak keistimewaan ini?? Kurang2 tak boleh keluar rumah, bolehlah jugak keluar secara maya. Heh, aku yang ada internet kat rumah ni pun ada jugak rasa tempias tensen. Bila penat tu, boleh la jugak berchat-ing ke, berfb ke, dan yang penting sekali ialah MEMBACA untuk mengumpul ilmu yang dah 3 tahun tumpul ni. Bila ada kesangsian tentang baby ke, engorgement, apa-apalah…boleh lah mencari info dengan cepat or membaca petua/tips orang lain yang mengalami masalah yang sama. Ko gogel je apa2, sure dapat jawapannya… anak hidung tersumbat, liang air mata tersumbat, nak b*r*k cepat…semua ada.
NO. 2: WATER HEATER
Ada mak-mak tak kasi mandi, lap-lap badan aje – tapi kena pakai air panas (suam la). Tapi Ibu aku kasi mandi, dia cakap untuk segarkan badan, tapi tak boleh lama dan kena pakai air panas. See..kepentingan water heater dalam hal ni kan? Takan la setiap kali nak mandi/lap…ko nak masak air. Ini aku tak berapa kisah lagi…part ni lagi penting. Bila kena episiotomy, pakai air sejuk (bila nak cuci lepas buang air), rasa agak ngilu dan pedih. It is much confortable if we use warm water. Bukan aku je recommend benda ni, aku tahu pun lepas baca satu article kat internet. Masa time Husna dulu, ada nurse yang ajar aku. Aku ingat sebab berpantang, tapi bila dah cuba sendiri baru tahu beza air panas dengan air sejuk.
NO. 3: SEATED TOILET
Uitt takde benda alah ni…aku tak tahu lah camna hidup aku. Terima kasih lah kepada sapa yang mencipta toilet ni. Aku tak sure dari segi perubatan, tapi aku dilarang sama sekali mencangkung oleh makcik urut dan ibu aku – dikhuatiri peranakan ‘jatuh’. Aku tak tahu la betul ke tak, tapi aku memang ngeri nak mencangkung lepas2 bersalin ni…
NO. 4: DISPOSABLE PANTIES
Ini pun sangat berguna. Darah nifas sedikit banyak berbanding darah haid. Sudah pasti, akan ada masa-masa yang terbocor dan ‘terkena’ panties kita. Basuh dalam mesin aje tidak akan hilangkan stain tu, betul tak? So time ni, agak mustahil untuk basuh sendiri (tangan), panties2 kita. Belilah disposable panties, senang kerja. Pakai buang stacy aje! Membazir? Alaaa jangan kedekut sangat..seminggu dua je pakai, lepas tu nifas dah ok. Aku beli yang Guardian punya. Panties dia cotton punya tp still yang disposable. Selesa skit, tak nipis sangat. 1 pack $9.90, ada 5 helai. Jusco pun ada jual…lagi murah tp yang nipis punya. Ikutlah keselesaan masing2.
NO. 5: BREASTPUMP
Ok, no 5 sampai 8 semua berkaitan dengan breast. Yang pertama, perlu ada breastpump. Suka hati mommies semua nak beli jenama apa, yang penting review experience orang dan perlu memenuhi keperluan dan tujuan anda. Aku pakai Avent Isis manual punya. Beli masa time Husna dulu. Masih baik lagi dan berfungsi dengan jayanya. Ok, kenapa kena ada breastpump? Semasa berpantang, kita akan mengalami engorgement atau bengkak susu. Sangat sakit. Sakit yang amat. Baby minum pun tidak akan mengurangkan bengkaknya. Tak perlu sedey, itu rezeki anak. Salah satu cara nak kurangkan bengkak ialah dengan meng’express’ (mengepam) susu anda. Jangan pulak buang susu tu, simpan dalam fridge. Fridge atas – 3 bulan boleh simpan. Bahagian bawah – 2-3 hari. Pasal tempoh simpanan ni boleh baca kat forum susuibu.com or mana2. Kalau aku rajin, nanti aku buat entry khas pasal ni.
NO. 6: NURSING BRA
Oleh kerana breast dah bengkak, mommies semua kenalah pakai bra yang sesuai. Dalam apa jua keadaan sekali pun, aset utama wanita ni kenalah dijaga okey. Jangan la tak pakai bra, nanti saggy pulak. Bra biasa memang tak selesa. Belilah nursing bra. Aku beli selai dulu sblm bersalin sbb nak cuba-try-test material dan saiz. Then lepas bersalin, dah boleh beli 2-3 nursing bra ni. Aku beli online je kat fabulousmom.com. Aku dah try Amber, Angel dan Kelly. Selesa dan harga berpatutan. Paling ok Angel. Lagi satu, kalau ada rezeki lebih, boleh beli Mothercare’s. Itu paling tip-top dan puas hati (korang baca forum mana2 pun mmg rekomen brand ni). Harga pun tip-top lah jugak:) Jusco pun ada jual, brand Scarlet. Murah. Tapi setakat nak pakai je lah (untuk akulah). Tapi ada review yang aku baca, memberi komen yang sangat bagus. Apa-apa pun kena try & error.
NO. 7: DISPOSABLE BREAST PAD
Bila breasts dah engorged, sure akan berlaku leaking. Bila menyusukan baby pun, sebelah lagi akan ada leaking juga. So perlulah ada breast pad ni. Aku sangat TIDAK rekomen yang boleh basuh punya tu…leceh sangat. Lagi pun tak selesa + kurang hygiene, lagi pun tade pelekat, nanti dia gerak2. Belilah yang pakai-buang jugak. Aku pernah pakai Pigeon ke, Tollyjoy or Pureen..aku pun lupa, mahal sket. Masalahnya, tak bagus betul! Then aku jumpa satu brand ni nama dia Bebe. Aaa..ini mmg puas hati. Aku beli kat Jusco, Guardian pun ada jual. Aku tak sure tempat lain, nanti nak cari.
NO. 8: MEDELA PureLan 100
Biasanya awal2, ibu dan baby tak pandai/cekap lagi nak menyusu (tak latch dengan betul). Ikut pengalaman aku, minggu pertama penyusuan, my nipples were sore or cracked. So product ni sangat-sangat membantu aku, melegakan dan memulihkan dengan cepat. Benda ni safe for baby. Aku beli online jugak kat littlewhiz.com sebab Amran tak jumpa kat pharmacies or shopping lain. Ohh, product ni aku guna jugak untuk benda lain, dry skin, small/minor cuts. Cepat baik.
NO. 9: BUAH PRUNE
Aku letak buah ni sebab aku ada masalah nak buang air besar selepas bersalin. Aku tak sure lah, aku takut ke, atau memang susah. Tapi mesti 3-4 hari baru nak buang. Rimas aku nurse (klinik desa yang datang melawat) asyik tanya je dari hari ke sehari. So untuk memudahkan/melembutkan, makanlah buah prune. Aku memang phobia kot, tapi bila nak membuang tu smooth aje. Oh pati buah prune boleh tapi aku tak beli.
NO. 10: HUBBY
Hak no 10 ni, hubby bukan sebarang hubby. Hubby yang diperlukan kali ni ialah hubby yang SANGAT sabar, memahami, penyayang, prihatin dan RINGAN TULANG. Kalau sebelum ada anak, sang suami yang tade ciri-ciri ini, takpe..boleh dimaafkan. Tapi, kalau selepas ada anak, nak goyang kaki, tgk tv,laptop..minum2 mapley ke, silalah berubah okey!! Sian tau kami ni. Mengandung 9+ bulan dalam kesakitan, masa bersalin pun sakit, selepas bersalin pun masih dalam kesakitan. Takan lah tak boleh tolong skeet kan? Urut-urutlah skit, kemas rumah ke, lagi terer mandi kan baby, tukar diapers, buat susu baby ke… apa-apa yang boleh ditolong meringankan atau menenangkan hati isteri tersayang;)