Tidur yang cukup amat penting bagi seorang bayi. Selain memulihkan tenaga untuk membina hubungan otak disamping memberikan Ibu dan Ayah rehat diperlukan, tidurjuga membantu pertumbuhan fizikal bayi.
Pertumbuhan fizikal bayi adalah proses yang kompleks yang memerlukan beberapa hormon untuk merangsang pelbagai peristiwa biologi dalam darah, organ, otot, dan tulang. Hormon protein atau disebut “hormon pertumbuhan manusia” dilepaskan oleh kelenjar hormon pertumbuhan pituitari adalah pemain kunci dalam peristiwa ini.Beberapa faktor yang mempengaruhi pengeluaran hormon protein, termasuk pemakanan, stress, dan sukan. Namun bagi bayi, faktor yang paling penting adalah tidur.
Hormon pertumbuhan dilepaskan sepanjang hari. Bagi bayi, masa paling banyak hormon dilepaskan adalah  setelah bangunnya bayi dari tidur yang nyenyak.
Bagi bayi berusia dua hingga 3 tahun, mereka memerlukan 12 hingga 14 jam tidur setiap 24 jam (gabungan
daripada 12 jam tidur malam dan 1 ½ hingga 3 jam tidur siang).
Bagi kanak-kanak berusia 4 tahun, mereka memerlukan sekitar 11 hingga 13 jam (dengansekitar 11 dari jam di malam hari).
Namun begitu keperluan tidur adalah agak individu. Ada anak-anak yang memerlukan sedikit tidur atau lebih daripada rakan-rakan mereka. Tanpa tidur yang cukup, pertumbuhan bayi akan menjadi masalah terutamanya lambat atau pertumbuhan terbantut.
Kurangnya tidur di malam hari juga boleh menjejaskan kemahiran motor dan konsentrasi pada siang hari hingga boleh menyebabkan lebih banyak kemalangan dan masalah perilaku bagi anak-anak.
Kebanyakan anak2 perlu tidur lebih dari orang tua mereka fikir. Tanda-tanda bahawa anak anda mungkin tidak mendapat rehat yang cukup termasuk mudah tersinggung atau kelesuan, selalu jatuh tertidur di dalam kereta, dan sukar untuk bangun dari tidur.
Bantulah anak-anak mendapatkan banyak zzz dengan menetapkan waktu tidur yang konsisten pada anak-anak. Miliki rutin tidur yang membantu isyarat ke tubuh anak-anak bahawa sudah sampai waktunya untuk mereka tidur dengan memberinya mandi tengah hari dan menyanyi atau membaca cerita
pengantar tidur pada waktu malamnya.
 Pastikan juga suasana bilik tidur sesuai untuk tidur yang nyenyak seperti bilik seharusnya gelap dan tenang.