Monday, May 2

penjagaan selepas keguguran..

dipetik dari: http://www.bengkungmoden.com/blog/tips-penjagaan-selepas-bersalin/penjagaan-keguguran/

Assalamualaikum,
Beberapa minggu lepas saya menerima email dari seorang pengunjung blog ini – bernama Eva yang bertanyakan cara penjagaan selepas keguguran. Menurut Eva, dia baru saja keguguran yang mana ini merupakan kandungan pertama. Ditambah pula tinggal berjauhan dari keluarga, jadi Eva tak tahu macam mana nak jaga dan apa makanan yang perlu dielakkan.
Berikut adalah soalan dan jawapan dalam email antara saya dan Eva.
1. Macam saya keguguran..adakah saya perlu berpantang..??  kalau ade berapa pula tempoh masa berpantang..??
Walaupun keguguran, seeloknya Eva berpantang mcm orang bersalin juga sebab bahagian rahim Eva tetap luka sama macam orang bersalin. Tempoh berpantang paling kurang 20 hari – mengikut amalan masyarakat Melayu.
2. Jika keguguran adakah perlu menjaga pemakanan..??  jika ade boleh beri 1 contoh pemakanan yg berkhasiat..??
Dari segi pemakanan juga peru dijaga. Elakkan makanan yang sejuk seperti ais dan minuman bergas dan juga sayuran menjalar seperti kangkung. Seeloknya minum air suam dan makan makanan berkhasiat seperti sup panas, susu panas, quacker oats, buah kurma dan kismis, sayur sawi dan ikan selar.Namun begitu dari segi perubatan, doktor biasanya tidak menghadkan pengambilan makananan. Tapi apa salahnya jika cuba elakkan pengambilan makanan diatas dalam tempoh beberapa minggu. Bukannya lama pun.
3. Selepas keguguran dalam masa 2 ari boleh ke kalo kite berkerja..??
Bagi mereka yang bekerja swasta, biasanya cuti bagi keguguran ialah 2 minggu. Tapi utk kerja-kerja rumah, elakkan dari mengangkat benda-benda berat dalam tempoh sebulan selepas keguguran.
4. Boleh kah akak bagi saya tip2 @ cara2 penjagaan semasa keguguran..??
Tips dan cara penjagaan keguguran – sama macam penjagaan bersalin sebenarnya. Seeloknya pakai stokin dan mandi air suam. Juga, eva boleh mengambil ubat / jamu seperti kacip fatimah bagi membantu pengecutan rahim dan agar rahim sembuh dan menjadi kuat
5. Herba mandian aura pula selepas keguguran boleh ke digunakan..?? sebab saya rasa badan saya selalu lenguh2 n rasa kurang segar..adakah ianya berpunca dr keguguran yang saya alami..
Herba mandian aura boleh juga digunakan oleh mereka yang eguguran. Eva rasa lemah n tak bertenaga kerana badan masih belum kuat – sama macam orang bersalin. Mesti Eva juga ada rasa sejuk-sejuk badan kan? Rasa sejuk-sejuk badan tu sama je dengan orang yang baru lepas bersalin. Kalau mandi dengan air suam, memang best jer..
Diharap tips diatas juga berguna untuk mereka yang juga mengalami keguguran seperti Eva.
Kak Faz


 


 


TIP PERKAHWINAN

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

dipetik daripada: ustaz Azhar Idrus

ayat-ayat cinta

Desir pasir dipadang tandus
segersang pemikiran hati
Terkisahku diantara cinta yang rumit

Bila keyakinan ku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkinku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cinta ku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh
Seakanku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggal kan cinta
Ketika ku bersujud... 

Friday, April 29

kisah yg mengingatkan aku kita hanya mampu merancang,Allah yg menentukan....

 Ketika aku asyik mencari info tentang pendarahan ketika hamil,aku tjumpa kisah yg mnyayat hati.Apabila membaca kisah ini,aku menangis..walaupun aku tdk tahu siapa penulisnya,tp aku rase bsrnye ujian ke atasnya...semoga beliau sentiasa diberi kesabaran...

"Assalamualaikum kepada semua pembaca…Kehadiran saya di sini sekadar ingin berkongsi pengalaman dengan ibu dan pembaca sekalian, tetapi bukan untuk menakutkan kerana takdir setiap manusia tidak sama namun kita terus berdoa . Sudah hampir 34 hari aku melahirkan anak ku yg ketiga iaitu seorang bayi perempuan yg comel. Aku sudah memiliki dua orang anak perempuan yg berumur 5 dan 4 tahun yang kulahirkan secara normal seperti juga anak yg ketiga ini.Tetapi kelahiran yg ketiga ini telah menguji keimanan ku. Bayi ku dilahirkan alhamdulillah dengan mudah hanya 3 kali teranan. Seperti biasa, doktor yg menyambutku menunggu 20 saat untuk menunggu uri ku lekang dari rahim. Tapi amat mengejutkan uri ku tidak lekang , dan doktor menunggu lagi tetapi tidak juga berhasil. Doktor melakukan berbagai usaha untuk melekangkan uri ku, terasa sakit yang amat sangat kurasakan seperti nak hendak melahirkan seorang lagik, terasa rodokan di dalam perut ku. Hampir 2 jam aku di bilik kelahiran , akhirnya uri ku dapat ditarik tetapi malangnya rahim ku terikut sekali. Doktor cuba memasukkan kembali rahim ku tapi tak berjaya kerana pendarahan berlaku dengan banyaknya. Aku seperti di dalam lautan darah, aku hanya mendengar jururawat menyuruhku mengucap . Mataku samar -samar dan aku berasa kesejukan yang amat sangat. Di dalam hati aku terus berdoa agar Allah memanjangkan usiaku , tidak putus-putus wajah anak-anakku datang di mataku. Sehinggalah doktor membuat keputusan agar menghantar aku ke Hospital kerajaan untuk dibedah. Didalam ambulan, suami ku berada di sisi ku memberi aku semangat dan menyuruhku agar jangan tidur. AKu berasa teramat dahaga dan letih dan tidak terdaya membuka mata. Sekali lagi aku tiba2 aku ternampak ramai orang , rupanya aku telah berada di Hospital Sungai Buloh. Doktor pakar bersuara kepadaku, dan memberitahu kepada ku rahim ku terpaksa dibuang untuk menyelamatkan nyawaku. AKu nampak suamiku menangis, di sisi ku mengatakan dia terpaksa menandatangani borang untuk membuang rahimku. Suami ku bingung, kerana dia tahu aku teringinkan anak lelaki, dan bermakna dengan pembuangan rahim ini aku tidak akan mengandung lagi. Tapi aku redha, dan aku sekadar mengangguk tanda bersetuju agar rahimku dibuang. Selepas itu aku sudah tidak nampak apa-apa hinggalah aku sedar aku berada di dalam ICU. Aku pelik, kerana sepanjang aku mengandung ketiga ini, tidak ada apa-apa masalah yang aku alami. Dan dari apa yg ku baca di majalah dan internet ,aku bebas dari semua risiko uri melekat pada rahim.. Sehingga kini aku tidak tahu apa punca terjadi. Namun aku bersyukur aku mempunyai 3 orang anak. Azamku untuk membesarkan anak-anakku hingga berjaya dan berdoa agar mereka menjadi wanita yang solehah. Amin.."

pertama kali mdgr degupan jantungmu...


Kelmarin aku g klinik zainab,klinik yg aku rase paling memuaskan stakat ini utk scan permata hati…nmpak pun jelas..mase sblum g klinik mmg byk drh yg kluar..aku mmg x mletakkan harapan yg tinggi Cuma hanye mperbanyakkan doa agr semuanya slmt..dan redha jika sbaliknya jika itu yg tbaik…itukan rahsia Allah,aku hanya mampu brusaha..saat alt scan itu diletakkan d perutku,aku bdebar yg amat!Ya Allah..izinkan aku mlihat degupan jantungnya…tiba2  suara doctor meredakan cemasku…hemmm,ni  jantung ank awk ye…dup!dup!dup! degupan jantung jls klihatan..aku mnangis di dlm hati…mlihat degupan yg aku sgkakan xakn pernah@dpt dilihat utk permata kedua yg kukandung ini mmandangkan byk sgt aku bleeding…saiznya ketika itu 1cm,lbh kurang berumur 7 minggu…kcilnya kamu sayang….tetapi wlau ape pun tjadi,aku bsyukur kerana masih diberi ksempatan utk mdgr dan mlihat degupan jantungmu..sygnya suamiku tdk msuk ke blk dktor ktika itu dgn alas an ingin mmujuk zaim yg asyik meragam..mgkin die x sanggup mdgr sesuatu yg mnyedihkan slps drh tdk bhenti dr siang td..dktor mberi sdkit pnerangan,14hb12 mgkin tarikh die d lahirkan…aku hanya mampu bdoa…jauhnye pjalanan utk mnunggu trikh itu..apabila kluar dr blk doctor,aku mberiotahu suamiku..die agk tkilan xmsuk utk mlihat degupan jantung ank kami…aku bdoa agr suamiku dpt mnyaksinya lg jika diizinkan Allah…

Tuesday, April 26

Mencintai tidak semestinya memiliki…


Hari ni aku mc  slps 2 hari blakunya pendarahan…walaupun hnye sdkit pndarahan yg blaku,aku tetap g klinik..smlm  bila scan,doctor ckp 50/50..doktor suh tggu lg smggu lht ade pendarahan ke x…sdih btul,tp klau ade rezki utk mmiliki baby yg ke2,isyaAllah xade ape2,tp klu ditakdirkan  xde rezki aku redha…msti ade hikmahnye..tp aku tetap bjaga2..
Sambil aku belek2 kwn2 aku d fb,tlihat gmbr  slh seorg kwn baikku di maktab…gmbr bsama anknye yg cute…ttiba aku jd sayu mlihat senyuman kwnku n anknye…smua knangan bmain di mindaku..sjk bsama d maktab,sgala cerita cintanye mceriakan dirinye…aku tumpang gmbira..kami bkongsi cerita shingga dia diijabkabulkan…pnuh cerita gmbira hari itu…tp itu semua knangan..disebabkan die bjauhan tempat kerja dgn suaminye,(blainan negeri) mbuatkan suaminye bpaling tadah..mpunyai wanita lain…shingga blaku ssuatu yg xblh d terima oleh akal..bmula la saat duka sahabatku…tabahnya sahabatku shinggalah saat suaminya mlepaskannya..walaupun awlnye pnuh brendam air mata,tp aku yakin kwnku akn tetap akn tabah…mlihat gmbr kwnku dgn anknye hari ini mbuatkan aku sayu..semoga Allah menggantikanmu dgn sesuatu yg lbih baik

Sunday, April 24

SEDETIK LEBIH

SEDETIK LEBIH
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
EDRY ABDUL HALIM

Wednesday, March 30

INDAHNYA DIRIMU...

Abu Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan: “Ada seseorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah duduk di sebelahnya.

Nabi diam saja, begitu juga Abu Bakar.

Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ.

Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata: “Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi.”

Rasulullah lantas menjawab: “Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan.”

Rasulullah kemudian bersabda lagi: “Allah akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredaan Allah.”

jamu mata....huhu....