Monday, May 2

pa&ma-40 hari nan indah-

Jantina Bayi Dari Carta Kuno Cina

Carta kuno yang berasal dari Peking, China ini menarik perhatian seluruh dunia apabila dijumpai baru-baru ini tertanam di kawasan makam raja China berhampiran Peking. Carta ini dipercayai berusia lebih 700 tahun. Panduan daripada carta ini menjadi ikutan kepada beribu-ribu pasangan seluruh dunia untuk dijadikan panduan memilih jantina bayi yang diinginkan oleh pasangan tersbut. Carta ini menjadi semakin popular apabila ia dikatakan hampir 99% tepat. (Wallahua'lam) Anda boleh memilih jantina bayi samada lelaki atau perempuan yang menjadi pilihan anda mengikut carta ini. Sebagai contoh, jika anda menginginkan bayi lelaki ketika anda berusia 25 tahun, pilihlah bulan Febuari, Mac, Jun, Ogos, September, Oktober atau Disember dan sebaliknya jika anda menginginkan bayi perempuan. Sekiranya anda ingin melahirkan bayi anda pada bulan september pada tahun berikutnya, anda hendaklah berusaha sembilan bulan lebih awal iaitu pada disember tahun sebelumnya.


Apapun, ianya terpulang kepada individu tersebut samada percaya atau tidak dan perlu diingatkan kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Samada lelaki atau perempuan bayi tersebut, asalkan bayi tersebut sihat dan cukup sifat, ia sangat memadai. Kita harus bersyukur dengan rezeki tersebut kerana banyak lagi pasangan yang tidak boleh melahirkan zuriat... .

No comments: