Tuesday, November 23

Erm..mcm best jgk info yg aku bace ni utk share ngnn member2...


RANGSANGAN UTK DPTKAN ANK YG BIJAK...InsyaAllah..hrp2 kite seme dpt ank yg bjk2 yg dpt majukan ummat Islam..same2 tolong mnolong halang segala kmungkaran kat bumi Allah ni.. antara yg kite boleh usaha n tawakkal buat:



 Menyusukan mereka dengan susu badan (breastfeeding)

Kita bukan saja memberikan mereka makanan yang terbaik, tapi juga moment semasa kita menyusukan dia tu sangat bermakna. Bila kita susukan dia, dia berada rapat dengan kita. Kita boleh belai dia, bercakap dengan dia, merasa getaran jantungnya


Selalu bercakap dengan mereka
Walaupun tak faham, tapi kanak2 belajar ritma dan menambahkan vocab untuk mereka bercakap sendiri pula nanti. Lagi pulak, getaran suara ibunya ni memang satu benda macam penawar lah buat mereka.






 Buat muka
Kembungkan pipi ke, jelirkan lidah ke & buat berulang². Dia akan belajar tentang pattern dan sequence. Mungkin nanti dia akan tiru pula kan?


Berbincang dengan mereka
Kalau orang yang tak biasa, bila tengok agaknya rasa pelik. Berbincang dengan baby macamlah mereka faham. Bila kita exposekan mereka dengan pelbagai isu, ia akan menjadi rutin sampai mereka besar. Bukan saja boleh menambah vocab malah juga pengetahuan mereka.


Menyanyi kepada mereka
Apa² je lagu especially nasyid2 berbentuk zikir. Di samping merangsang anak, menghiburkan dia, maknye pun dapat pahala


Main ciku cak aaaa (peek a boo) atau sorok² barang
Kanak2 belajar tentang benda yang hilang kembali muncul semula.




Ajak mereka bantu kita buat kerja rumah
Benda simple2 je. Tak payah harapkan mereka tolong pun, just join je.




Membaca bersama-sama
Memang tokleh dinafikan kepentingan dan kebaikan membaca kan. Lambakkan buku atas tempat yang mudah kanak2 capai & baca bersama2.


Bergurau senda dan main bersama
Sesimple main geletek dan menjadi ‘toy’.


Rakam video dan tonton sama2
Pakai kamera phone je. Rakam apa2 moment kemudian tengok sama² dan bercerita tentang apa yang kamu tonton.

Bercerita
Bila ‘malas’ bukak buku, mula lah sesi mari bercerita. Yang bestnya bila bercerita ni, kita boleh pusing² sikit, dan tanya soalan² yang macam2.




Ajar kemahiran hidup dan kendiri
Sesiapa yang belajar tentang Montessori education, ia ada menekankan tentang practikal living skill. Budak2 diajar untuk berdikari dari kecil dan digalakkan menggunakan benda yang betul dengan cara yang betul. Contohnya penggunaan gelas kaca agar anak lebih berhati² dan tak menjatuhkan gelas tu sesuka hati. Dan penyapu adalah untuk sapu lantai, bukan buat gitar.


Keluar
Bukan je keluar ke taman, keluar ke mana² pun boleh belajar, especially kalau ke supermarket. Pilih barang sama² terutama barang dapur.


Solat dan mengaji bersama
Solat bersama ni boleh dipraktik sejak mereka kecil lagi. Bila dah besar sikit, ada budak² suka duduk di tepi, ada yang ‘ikut solat’ sekali dan ada juga yang suka berlari² dan bermain² masa maknye solat. Walau apa pun jenis anak kita, tak ada salahnya. Mereka masih budak, malah Rasulullah sendiri membiarkan saja budak² main panjat mimbar masa khutbah Jumaat. Bukanlah satu perkara yang memalukan (tapi dalam masyarakat kita agak memalukan, nanti orang kata tak pandai didik anak dengan agama) kalau anak kita tak duduk diam² semasa kita bersolat. Hassan dan Hussain malah ‘bermain’ semasa Rasulullah mengimamkan solat sehinggakan baginda kena lamakan sujud sebab cucu² tersayang tengah panjat belakangnya.
Mengaji juga sama. Tak apa kalau mereka tak boleh duduk diam, yang penting kita mengaji bersama mereka secara kosisten.

Kanak-kanak adalah makhluk Tuhan yang suci dan amat dimuliakan. Malah Rasulullah amat menyayangi kanak². Sebagai ibu bapa, kita hendaklah memuliakan anak kita, dengan menunaikan hak² mereka serta memberi rangsangan terbaik untuk mereka agar mereka dapat membesar dengan sihat, kuat, cerdas dan bijak.
Walaupun kita tak mampu hantar anak kita ke tadika mahal yang beribu², tapi jangan risau sebab kunci rangsangan adalah kita sendiri. Apa yang mereka perlukan ialah kasih sayang dan perhatian dari ibu bapa mereka. Anak yang diasuh dalam suasana penuh kasih sayang akan mengalami pertumbuhan yang sihat. Ramai yang salah anggap antara asuhan kasih sayang dengan memanjakan (spoilt) anak. Mengasuh dengan kasih sayang ialah memastikan anak² kita membesar dalam suasana yang kondusif untuk membantu tumbesaran dan pembelajaran mereka untuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Maknanya kita menyediakan fasiliti untuk minda mereka dirangsang dengan baik. Ia bukanlah dengan memberi apa yang mereka nak (sayangla konon kan), tapi mengajar mereka berfikir tentang kehendak dan keperluan, dan sebagainya.

Bila kita selusuri tauladan asuhan yang Rasulullah berikan, baginda amat memanjakan cucu² baginda, namun kanak² tersebut membesar dengan cerdas, malah dalam usia kecil, Hassan dan Hussein dapat memikirkan cara yang sangat kreatif untuk menegur seorang pakcik yang tersalah ambil wuduk. Asuhan yang diberikan oleh datuk mereka dan ibu mereka Fatimah al-Zahra amat efektif hingga menjadikan kanak² sekecil mereka begitu konfiden dan berani untuk menyatakan kebenaran.

Sayangi anak kita, bantu mereka mencorakkan masa depan mereka, insya-Allah bijaklah anak kita.



  


CUTI2 SEKOLOH....

No comments: